30 (DAN LEBIH) CONTOH MAKANAN PENGUAT SISTEM IMUN BADAN

 

photo_2016-04-20_16-15-52

 

 

Ini baru 30, sebenarnya banyak lagi. Tak larat nak listkan. Tips nak bagi senang ingat, mana yang semulajadi ciptaan Allah tu, itulah yang terbaik.
Minyak zaitun, minyak kelapa dara sekalipun, masih masuk kategori makanan yang ‘less processed’.
Marilah kita ajarkan anak-anak bahawa REAL FOOD ITU SUBHANALLAH, SANGAT MENYIHATKAN BADAN.

 

 

Sedarilah bahawa industri makanan hari ini semakin kejam. Jangan jadikan diri kita dan anak-anak mangsanya.

 

 

Ok, mari kita semak apa yang bagus untuk kita dan keluarga. Fahami juga yang setiap makanan di bawah ini, ada yang mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu. Tetapi jika makanan semulajadi ciptaan Allah pun ada yang tidak sesuai, apatah lagi yang dicipta manusia dan penuh bahan memudaratkan, kan?
Sebahagian besar senarai makanan di bawah adalah ‘superfood’ yang disebutkan dalam Al Quran.

✿ Madu

✿ Habbatus sauda

✿ Kurma

✿ Minyak zaitun/olive oil

✿ Buah delima

✿ Buah tin

✿ Buah anggur/kismis

✿ Pisang

 

photo_2016-04-11_12-12-08

– pisang, infused water timun dan chia seeds, telur. telur tak sihat kerana kolestrol sedangkan ia bagus untuk otak? kena check balik mitos tersebut.- 

 

✿ Telur

✿ Labu

✿ Buah-buahan dan sayur-sayuran lain.

✿ Minyak kelapa dara – Virgin Coconut Oil (VCO)

✿ Buah badam

✿ Kekacang

✿ Seeds – chia seeds, flaxseeds, sesame seeds

 

 

photo_2016-04-20_16-16-03

– nasi. sumber kegemukan? periksa kembali mitos tersebut. –

 

✿ Nasi – isu nasi putih tidak elok dan beras perang lebih bagus juga perlu disemak kembali.

✿ Air kosong

✿ Infused water

✿ Makanan/minuman yang diperam (sumber probiotik yang baik)- kimchi, budu, kombucha tea, kefir, tempoyak, tempe (juga bergantung kepada kesesuaian badan)

 

photo_2016-04-11_12-09-54

– kimchi-

 

✿ Telur

✿ Ayam, ikan – sumber protein

✿ Bawang (semua jenis bawang)

✿ Halia

✿ Kunyit

 

photo_2016-03-29_10-31-45

– infused water kunyit, nenas + madu-

✿ Lengkuas

✿ Serai.

✿ Keluarga limau – Lemon, limau nipis, limau purut, limau kasturi.

✿ Keluarga cuka – Cuka kurma, cuka epal, cuka buah tin

✿ Jus semulajadi

✿ Santan. Tinggi kolestrol? Ini juga mitos yang kekal di minda kita sejak lama dulu. Ketahuilah segala makanan daripada sumber tumbuhan TIADA KOLESTROL.

 

photo_2016-04-11_12-10-01

– jus nenas –

 

✿ Makanan homemade yang bebas sos komersil, kicap komersil, perasa tiruan, penambah perisa, stok/kiub masakan komersil, serbuk perasa komersil. Sediakan makanan sendiri di rumah sudah sangat bagus, mari kita tambahkan bagus dengan mengelakkan penggunaan bahan-bahan memudaratkan ini. Banyak resipi-resipi alternatif yang lebih sihat.

✿ Makanan/minuman yang BEBAS gula putih, MSG, pengawet, aditif, pewarna/perasa tiruan (sintetik), terproses. Contohnya? Banyak.

  • junkfood/makanan ringan
  • roti, kek, biskut, muffin, kek lapis, waffle komersil di pasaran
  • fast food
  • aiskrim, coklat
  • susu formula, susu tepung (organik atau di’claim’ terbaik, tetap tidak terkecuali, susu kotak berperisa dan tinggi gula
  • minuman serbuk pelbagai perasa
  • minuman ice blended berwarna warni yang bukan sahaja tinggi gula, tapi menggunakan pewarna/perasa tiruan yang membahayakan kesihatan
  • jus komersil
  • apa sahaja makanan/minuman yang bila dirujuk label bahan-bahannya (tulisan kecil di belakang pek), bahan-bahannya adalah bahan yang namanya ditulis kod (E*****), ditulis ‘pewarna, perisa, kondisioner makanan dan apa sahaja yang DIBENARKAN’ (sebenarnya dibenarkan dan mungkin selamat bagi 1-2 kali pengambilan. Bagaimana jika kerap/setiap hari?)

Itu sahaja untuk kali ini.

Juga boleh rujuk post ini untuk menambahkan info.

 

  1. 20 Makanan Penggalak Kahak/Hingus
    http://aininizainal.ovennini.com/20makananmenggalakkankahakhingus/
  2. Contoh hidangan penguat sistem imun badan
    http://aininizainal.ovennini.com/contoh-hidangan-penguat-sistem-pertahanan-badan-untuk-anak-kuasa-doa/

.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *