Resipi – ‘eggs in a nest’ Fried Noodles

.
Post 2014. Dah lama.
Masa tu Afi baru 4 tahun.
Tak apa, gambar dan resipi tak basi, kan?
Mana tahu boleh jadi panduan untuk anda juga.
==========
Untuk Afi yang excited belajar tentang burung, sarang, sangkar, tempat tinggal burung, telur dan anak-anak burung minggu lepas.
Yang kelakarnya, dia sayang pulak nak makan telur-telur tu. 

.

Teringat dulu masa dia mintak nasi deco bentuk Spongebob, dekat 1/4 jam ngadap nasik tu taknak makan.
Lepas cakap ‘lain kali kita buat lagi,’ baru la makan sampai licin. Haha.

.
=========Apa khasiat bahan-bahan di dalam resipi ini:

  • Bawang merah – antivirus, antibakteria, antiradang, immune booster
  • Garam Himalaya – kaya mineral yang diperlukan tubuh 
  • minyak untuk menumis, boleh gunakan Pure Olive Oil (untuk menumis). Khasiatnya sama seperti bawang, bahkan lebih banyak dan selain itu, membantu mencegah kanser.
  • Apple Cider Vinegar juga sama khasiatnya, memang bagus untuk tubuh. Cuma, oleh kerana ia mengandungi probiotik dan mungkin hilang khasiatnya melalui pemanasan, jadi boleh renjiskan saja ke dalam bihun goreng yang telah siap dimasak 
  • Cili – mengandungi vitamin C semulajadi 
  • Guna – jauhkan penggunaan gula putih. Gantikan dengan gula organik, gula merah atau gula kabung/ gula nisang.

Semua bahan-bahan tersebut sebenarnya kita selalu nampak, kan? Allah maha kaya, sebenarnya tidaklah susah untuk memilih yang lebih baik. Apatah lagi ia memang real food. Bukan yang diproses hingga menghilangkan ciri asalnya.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *