Isteri Memasak: Antara ‘ok abang’ dan ‘K’

 

Tiba-tiba nak tergelak bila ingat pasal OK ABANG dan K, sebab ada sebutkan pasal ni ketika seminar kami di Ipoh kalau tak silap.

Dua jawapan mesej yang amat berbeza emosi dan impaknya pada kedua-dua pasangan suami isteri yang bermula daripada soalan seperti

 

“abang, hari ni nak masak apa ek?”

 

Maka, bila soalan macam ni keluar, suami pun dengan penuh dedikasi la akan bagitahu apa yang dia rasa nak makan.

Maka, bila suami jawab tu, bersyukurlah.

Sekurang-kurangnya taklah anda rasa nak ketuk handphone dan uninstall Whatsapp (tindakan penuh amarah hahaha) bila suami jawab

 

“sukati sayanglah.”

Kannn, makanya, bersyukurlah, isteri isteri. At least, dia jawab jugak. Daripada jawab SUKATI SUKATI.

Mungkin sinar akan menjelma bila suami pulak yang masak dan Whatsapp kita tanya soalan yang sama dan kita jawab jawapan yang bermula dengan perkataan SUKATI.

 

photo_2015-05-26_01-32-01

 

 

Ni gambar yang resipinya saya dah share di Facebook semalam.

Sedapnya singgangg.

Resipi mudah nak disediakan ni antara faktor penggunaan jawapan OK ABANG yang disebutkan tadi.

Bestkan kalau perlu masak makanan yang ringkas je.

Dahla penat balik kerja. Nak masak lagi.

Itu belum baru nak masak, tengah muka terpercik cili masa menumis, tiba-tiba anak no.2 menjerit sebab anak no.1 usik.

Emosi mak terganggu, lauk jadi tak sedap walaupun hari lain, rasa masakan masih dalam kategori lulus. Hahahaha.

Sungguh. Emosi memainkan peranan, ok.

 

 

photo_2017-01-28_12-22-23

 

 

Jadii, tips yang selalu saya buat:

  1. Sediakan bahan memasak lebih awal. Sayur potong siap-siap, simpan di chiller. (bawang dikecualikan. Jangan potong/blend awal-awal kerana bawang mudah menyerap bakteria di sekeliling.)
  2. Masak lauk yang susah lebih awal. Contohnya lauk sambal, masak banyak sekaligus, masukkan dalam bekas-bekas kecil khas untuk sekali masak, simpan di chiller. Time nak guna, boleh guna untuk lauk masak merah, sambal, bahkan bihun goreng pun boleh guna sama, kan?
  3. Daging, rebus siap-siap. Hiris siap-siap, masukkan dalam bekas, simpan di chiller.
  4. Ayam ikan, potong siap-siap. Letak dalam bekas sekali masak. Siang nak pergi kerja, ambil bekas daripada bahagian frozen, simpan di chiller. Balik boleh guna terus.

 

Spend masa 1 hari khas untuk masak dan sediakan semua ni, ya.

So kalau balik nak masak sup, semua bahan dah siap potong, kan ke senang?

 

photo_2016-12-06_17-49-01

 

 

Jadi, tak adalah timbul dialog macam ni.

 

“abang, nak masak apa dinner ek? abang request la, ayang ok je masak apapun.” (tapi mengharapkan jawapan lauk telur dadar)

“emm, rasa nak makan lauk daging kicap je.”

“K.”

“la kenapa jawab pendek je?Abang salah bagi cadangan?”

“Takde papelah. Ayang masakla nanti. Jangan risau, takkan susahkan abang, ayang duduk je lama-lama kat dapur tunggu daging empuk. Padahal sakit kaki lenguh kat ofis ni. Takpelah, abang takyah risau, kang balik ayang masak.” (ha dah mula kau beremosi). 

 

Nampak tak betapa pelik pompuan ni kan hahaha.

Mak mak, come on!

Mari mudahkan hidup kita di dapur, yeah?

Ikut tips Kak Nini tadi. Tips tu dah diamalkan sejak Afi umur bulan-bulan lagi.

So far, Alhamdulillah tidak menghampakan.

Tengok bawah ni, tak tipu.

Kicap ke sos ke, semua saya buat siap-siap pada hari yang tak sibuk, supaya time sibuk, takdela stress.

Lama dah tak buat sos capsicum. Dia punya sedap, kalah sos cili.

 

photo_2017-01-27_16-10-01

 

Ni ayam masak merah.

Daripada sambal yang dibuat banyak-banyak sekali terus.

Boleh guna premix bebas gluten, MSG, gula/garam putih, aditif, pengawet, pewarna/perasa tiruan daripada OvenNini jika mahu.

Kalau untuk lauk masak merah, ada premix khas: Masak Merah.

Tak paksa beli ni, hanya bagitahu yang anda ada alternatif untuk penyediaan makanan yang lebih cepat tetapi sihat. Haha.

 

photo_2016-11-28_13-55-22

 

Nak masuk Ramadhan Syawal dah.

Premix Rendang belum keluar di OvenNini kerana masih mendapatkan stok rempah yang biasa digunakan.

InsyaAllah seminggu dua lagi.

Premix Rendang eksklusif dikeluarkan ketika Ramadhan Syawal sahaja.

 

 

photo_2017-01-06_14-39-41

 

Kari pun ada premixnya.

Memang cuma perlu tumiskan bawang, halia.

Masukkan premix, masukkan ayam dan air.

Bila ayam dah masak, masukkan santan.

 

eh abang dah balik? jomla makan. masak tak sampai setengah jam dah siap guna premix ni (hahahahaha). next month kita shopping lagi kat website ovennini.com, ok abang?

 

 

photo_2017-01-13_09-26-37

 

Nasi lemak menggunakan premix Sambal.

 

photo_2017-01-27_10-44-52

 

Bosan makan nasik, boleh makan roti pita sourdough.

Inti? Ayam tu krup krup sangat tu kenapa?

Oh, sebab guna fried chicken mix OvenNini.

Over sungguh kau promote kan? Ala-ala iklan radio dah ni. 

 

photo_2017-01-30_19-01-28

 

Ni tiba-tiba takde kaitan dengan lauk.

Saja nak bagitahu untuk penggemar gluten-free cake kami, GFCF Moist Choc Cake sudah kembali.

 

 

photo_2017-02-04_15-24-19

 

Satu lagi yang biasa disediakan weekend adalah:
Nugget, sosej untuk anak-anak.

Ya, homemade.

 

photo_2017-04-02_10-56-43

 

Ok tu sajalah.

Cuma nak bagitahu, biasakan LICIK DI DAPUR untuk menjaga kesihatan emosi kita mak mak ni.

Sebabnya, sayalah.. ni cakap saya, bukan orang lain, penat fizikal yang sikit je tapi bila perlu luangkan masa lama di dapur kerana kerja yang sepatutnya boleh dicepatkan tu, boleh jadi beban emosi pulak lepas tu.

Badan penat, nak layan anak pun takde mood.

Betul?

Benda kecil saja, boleh mempengaruhi banyak benda.

Itu dari pespektif saya yang mudah emo.

Jadi nak kurangkan emo, saya mudahkan hidup dengan buat apa yang perlu.

Termasuk di dapur.

 

01 Munirah

Semalam dapat feedback daripada Puan Munirah Syed Abu Bakar, founder Global Barakah.

Hubungi beliau di Facebook untuk pembelian Minyak Zaitun Organik, Cold Pressed dari Palestin. 100% Asli, masyaAllah.

Saya salah seorang penggunanya.

https://www.facebook.com/munirah.syedabubakar

 

 

Premix OvenNini nak order di mana?

Di www.ovennini.com atau hubungi nombor di foto feedback tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *