MAKANAN YANG SESUAI KETIKA ANAK SAKIT

Perkongsian oleh Founder Oven Nini, Puan Ainini Zainal.

SAKIT – MAKANAN SEBAGAI SUMBER IMMUNE SYSTEM DAN UBAT.
=========Malam tadi ada budak selesema. Dah lama tak selesema.
Malam tadi minum Virgin Coconut Oil (VCO) sebelum tidur.
Merengek tak selesa lah time tidurnya hidung tersumbat.
Pagi ni dah ceria, tapi selesema masih ada sikit-sikit.

 


Breakfast dengan Chicken Broth Soup. Lebihkan bawang putih, halia.
Biasanya tak tumis, hari ni tumis sebab nak guna minyak zaitun/ Extra Virgin Olive Oil (EVOO).
Semua ini bagus untuk immune system.
****edited 12/8/2016: gunakan Pure Olive Oil untuk menumis kerana smoking pointnya lebih tinggi berbanding Extra Virgin Olive Oil.

 

Renehkan dengan ayam bahagian tulang sejam lebih je (biasa 2-3jam, tapi sebab guna air rebusan dan isi/tulang ayam yang dah ada dalam peti ais, kejap je lah.) Protein dari isi dan tulang ayam bagus untuk proses penyembuhan.
Garlic dan ginger untuk buang haba dalam badan. Ginger sebagai natural pain killer juga.

 

Alhamdulillah dah habis semangkuk.

 

Kali ni masih stick dengan natural remedy. Sebelum ni dah 6x ALLAH IZINKAN sembuh demam, selesema, batuk dengan natural remedy saja, sejak saya kenal apa itu natural remedy. Takes time but noteworthy. Berbaloi.

ALLAH TAK JADIKAN SUMBER MAKANAN ITU SIA-SIA. JADIKAN MAKANAN SEBAGAI UBAT.

 

Anak selesema, demam, batuk – tugas ibu bapa bukan untuk HENTIKAN SAKIT SERTA MERTA. tapi upkan immune system dan biarkan askar-askar dalam sistem badan anak BUAT KERJA MEREKA. biarkan mereka buat kerja untuk bina sistem pertahanan yang lebih kuat sebagai persediaan sakit next time pulak. Kalau setakat demam biasa, baru sehari sakit, kita dah ‘bunuh’ semua askar, tak kira yang baik atau tak dengan ubat dan antibiotik, macam mana badan anak nak dilatih kuat? Then kita merungut, baru sembuh, dah sakit lagi. Salah siapa yang biasakan tubuh anak jadi tak kuat begitu?

Askar baik baru nak bangun kuatkan sistem pertahanan dan bunuh askar jahat, semua dah mati dulu kena penangan paracetamol dan antibiotik. (tapi jangan pula salah faham, saya tak menidakkan penggunaan PCM dan antibiotik APABILA TIBA MASANYA, ya. perlu jika sudah sampai masanya, tapi bukan baru sehari demam kita dah melompat bagi anak semua ni. Cakap pasal selesema, UK dah lama stopkan pemberian ubat selesema dan batuk untuk kanak-kanak BAWAH 2 TAHUN.)

 

***avoid makanan BERGULA ketika anak demam, selesema, batuk. GULA ADALAH MAKANAN BAKTERIA. tak kira anda guna gula organic sekalipun, ia tetap perlu dielakkan ketika tak sihat.

 

MADU ASLI lain. Ianya anti-viral, anti-bacterial food. Nak rasa manis? Go for honey. Anak demam, batuk, selesema, saya masih bagi madu. Ianya untuk immune system juga. Cuma jangan lah lebih pulak. Bersederhana lah. BUKAN BERLEBIHAN. (afi 3 tahun 9 bulan. untuk pemberian madu, sebaiknya SELEPAS USIA 1 TAHUN. ibu bapa harus lebihkan pembacaan tentang isu BOTULISM tentang pemberian madu untuk kanak-kanak bawah 1 tahun dan fahamkan reason kenapa ianya tak seharusnya diberikan sebelum usia 1 tahun.)

==========

Disclaimer:
berdasarkan pengalaman, pembacaan serta rujukan pengamal perubatan yang tidak mengenepikan rawatan menggunakan sumber semulajadi.
Apa cara usaha sekalipun, PENYEMBUHNYA TETAP ALLAH. jangan lupa.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *