Pentingkah Food Presentation?

Posted on Facebook, Feb 20, 2014.

 

PRINSIP SAYA TENTANG HOMEMADE FOOD DAN FOOD PRESENTATION IDEAS.

Ainini Zainal on Facebook
 20 February 2014
==================- simple saja sudah (sebab tak kreatif mana dan deco bukan fokus saya yang utama.)

– tak perlu ambik masa lama untuk deco je (mak banyak benda lain nak buat) sampai tugas-tugas lain entah ke mana. Habiskan sejam hanya untuk mendeco je pun sudah TERLALU lama bagi saya. Setengah jam PALING LAMA. Sejam termasuk proses memasak, itu hal lain. Jika sejam hanya untuk deco makanan, ia bukan cara saya. 

– PALING PENTING; HEALTHY FOOD. walaupun sekadar makanan simple saja, make sure ianya REAL FOOD. Bukan yang mengandungi MSG/ serbuk perasa, bukan yang mengandungi pengawet, juga bukan yang dikatakan ada segala khasiat yang diperlukan kanak-kanak (tapi berbentuk SERBUK DAN CECAIR). Di mana khasiatnya kalau sudah diproses dan end productnya sebegitu rupa?

– deco bukan sekadar nak attract anak-anak untuk makan. Tapi juga supaya dia dapat belajar something sambil makan. Contohnya, jika sediakan roti bakar, buatkan pelbagai bentuk. Circle, rectangle, square, diamond, start, etc. Tak perlu cantik-cantik, tak perlu guna tools mahal-mahal. Lihat apa yang ada, GUNAKAN.

– daripada kita terlalu fokus tentang end product decoration kita tu, apa kata kita fokuskan pada apa yang terkandung dalam makanan anak kita? Adakah ianya ada khasiat semulajadi? Atau adakah ia diproses dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak elok untuk kesihatan dalam jangka masa panjang? Adakah ianya bagus untuk immune system anak? Atau adakah ianya penuh dengan perasa, perisa, pewarna tiruan sahaja semata-mata? Atau adakah ianya penuh dengan trans fat yang tidak elok untuk orang dewasa apatah lagi kanak-kanak?

Seperti yang saya tegaskan tadi, walau simple mana sekalipun menunya, tapi jika penuh khasiat, itu lebih bermakna daripada kita deco macam-macam tapi kandungannya penuh MSG, pengawet dan artificial substances. NASI + TELUR GORENG saja – simple saja kan. Tapi jika telur tu kita gorengkan menggunakan VIRGIN COCONUT OIL (VCO) atau EXTRA VIRGIN OLIVE OIL (EVOO) yang kedua-duanya bagus untuk immune system anak, BUKANKAH IA SUDAH CUKUP BAGUS UNTUK MEREKA? Jika mereka tak mahu sayur, gantikan dengan buah-buahan yang mengandungi zat sama. Be creative.

Merujuk kepada gambar, PANCAKE tu bahannya cuma tepung gluten-free, secubit garam, setitik dua VCO dan air. Gorengkan dengan sedikit VCO, dah siap, tekap guna cookies cutter yang kita nak bentuknya macam mana. hidangkan dengan madu. Tempoh menyiapkan, KURANG DARI 30 MINIT.

SIMPLE SAJA TAK APA, ASALKAN BERKHASIAT.

Apepun, ianya prinsip saya. Mungkin prinsip kita berbeza.
Selamat memasak.

 

=============

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *