Resipi Alternatif Minuman Sihat

 

Untuk siapa?

Bukan untuk kita sahaja tetapi juga untuk anak-anak.
Amat kerap saya baca di sana sini..

+ anak taknak minum yang lain, nak susu kotak ***** yang pink tu je.
+ anak suka benar (read: ketagih) minum ice blended tepi jalan
+ anak suka air warna warni
+ anak kalau tak minum air coklat ***** sebelum pergi sekolah, lepas makan, sebelum tidur, tak sah.

.

.
Saya melihat ianya sebagai suatu yang serius.

1. Kerana anak memang tidak tahu ia memudaratkan dan membahayakan.
2. Ibu bapa yang membelinya dan menyediakan wang untuk membelinya juga tidak ambil kisah tentang label minuman dan isi kandungannya, apatah lagi untuk mengambil tahu apa kesan-kesan pengambilan minuman tinggi gula putih, aditif, pengawet, pewarna/perasa tiruan.
3. Ibu bapa sudah tahu tapi masih membeli kerana KASIHAN PADA ANAK.
.
.
Ibu ibu bapa bapa, sedarlah yang KASIHAN PERLU BERTEMPAT.
Kenapa perlu kasihankan anak yang meraung mahukan minuman yang kandungannya MEROSAKKAN OTAK DAN SISTEM BADAN?

Mengapa sayang tidak berpada-pada hinggakan yang membahayakan kita terus-terusan bagi pada mereka?
.
.
Tak tahu sebelum ni?
Tak apa.
Jika sebelum ni tak tahu, mari sekarang kita belajar.
Cara utama belajar adalah BUKA HATI UNTUK MEMBACA.
IQRA’.
.
.

.
Sedar tak kita yang MAJORITI minuman di pasaran atau yang dijual di tepi jalan sekarang adalah salah satu penyumbang terbesar merudumnya sistem imun badan kita dan anak-anak?

Gula putih
=========
– gula berkualiti paling rendah yang dilunturkan supaya hasilnya putih bersih cantik molek tetapi hakikatnya penuh bahan kimia dan peluntur itu sendiri terlalu banyak kesan buruknya.

– tahukah anda gula juga penyumbang besar keradangan dan menurunkan paras sistem imun badan ke tahap yang sangat rendah? ayat mudah, kalau sakit, demam, selesema, batuk. gatal kulit dan lain-lain, AMBIL GULA > TINGGI KERADANGAN > MAKIN TERUKLAH SAKITNYA. LAMBATLAH SEMBUHNYA. DAH SEMBUH, ESOK LUSA MINGGU DEPAN SAKIT LAGI.

– juga jangan lupa, gula juga faktor mengapa kecerdasan otak kita dan anak-anak semakin hmmmmm. Hilang daya fokus, hyperaktif. Anak hyper, pukul pula. Jeritkan marahkan pula. Anak tak dapat kawal emosi, kita cakap anak teruk sedangkan yang bagi semua tu siapa?
.
.
Pewarna/perasa tiruan, MSG, aditif, pengawet, e-codes ingredients.
====================
– tahu atau tidak, semua di atas ini kawan-kawan kepada gula juga. Mengapa kawan? Kerana kesannya lebih kurang.
Sel-sel otak makin menurun fungsinya yang lama kelamaan rosak terus.
Otak tak dapat berfungsi dengan baik, apa cerita sistem organ badan yang lain?
Tak dapat relate?
Tak apa, nanti panjang list bacaan untuk dibaca.
Jika benar mahu ubah, baca.
.
.
Ice blended di tepi jalan sekarang jadi trend kan?
Berjenis-jenis perasa, berjenis-jenis warna.
Fuh!
Warna semulajadi ke?
Sah-sah tiruan,
Bagaimana untuk cipta pewarna tiruan/sintetik?


.
.
Ia adalah gabungan berjenis-jenis BAHAN KIMIA yang dihasilkan dengan MENIRU pewarna dan perasa yang semulajadi.
Kejamnya industri makanan adalah mereka MAHU UNTUNG BESAR + CEPAT, kalau guna yang semulajadi, berapa banyaklah sangat dapat untung.
Jadi, gunakan yang sintetik saja.
Murah.
Tak elok, bahaya, WE ALL PEDULI APA. KAT LABEL TU KAN DAH LETAK, SIAPA SURUH BELI JUGAK? WE ALL TELUS, KORANG YANG BELI JE TAK KISAH NAK AMBIL TAHU. NASIBLA.
Konsepnya begitulah lebih kurang.
.
.
Seronok anak kita minum, sedut tengah panas balik sekolah.
Segelas besar tu berapa banyak agaknya bahan kimia yang masuk ke badan?
Berapa banyak pengaruhi otaknya?
Badannya?
.
.
Sedarkah kita kadangkala, kesan kemudaratan bagi sesetengah individu itu bukan hari ni minum, esok terus dapat kesannya.
Ada yang bertahun-tahun, tiba-tiba jatuh > pengsan > koma > meninggal.
YA, ITU ASBAB.
NAK MATI TETAP MATI KAN?

.
Tapi kita pernah tak gunakan akal untuk fikir yang ada indvidu yang nasibnya bukan mati terus, tapi dapat kecacatan otak.. kanser .. sakit melarat diri sendiri tak dapat diuruskan dah, perlu bantuan ahli keluarga?
Seronok lihat yang disayangi begitu?
Kalau seronok, teruskan dengan konsep AKU MINUM BERTAHUN-TAHUN, OK JE HIDUP JE LAGI.
AKU MAKAN JUNKFOOD PUN TETAP MASUK UNIVERSITI.
AKU MINUM AIR KALER HARI-HARI TAKDE PULAK MATI.
.
.
Kita ini sangat melampau.
Kita mahu mudah saja hinggakan kita sendiri dan orang-orang tersayang kita dapat kesannya.
Guna logik akal.. 
Mana mungkin minuman-minuman dalam tin di pasaraya atau kedai itu tidak menggunakan pengawet dan bahan kimia sintetik.
Buat air di rumah, esok sah-sah basi kan?
Yang di kedai dalam tin dalam kotak tu bertahun-tahun tahan macam mana pula?
Guna apa?

Air manis, ice blended tepi jalan sana, nak ke mereka guna alternatif gula, perasa, pewarna yang jauh lebih sihat? Susahla mereka nak berniaga.
Kerana itu, KITALAH YANG PATUT BERUBAH. BERSUSAH-SUSAH SEDIKIT UNTUK KESIHATAN KELUARGA.
.
.
Semakin hebat trend warna warni manis meletin-letin ni.
Outspoken tak outspoken, yang betul tetap kena bagitahu.
Kerana kadangkala, kita bukan saja suap pada anak kita, TETAPI JUGA PADA ANAK ORANG LAIN.
Ia nampak mudah, tetapi kesan sangat besar.
.
.


Yang ingin berubah, carilah alternatif yang lebih sihat.
Saya akui, lidah yang bertahun-tahun dimanjakan dengan segala jenis makanan minuman sedap tetapi penuh mudarat ini.. tak mudah untuk dibiasakan dengan yang lebih sihat.
MULAKAN DENGAN DOA.
Minta bantuan Allah untuk permudahkan urusan kita.
Ini resipi alternatif untuk anda.
Yang membuktikan kita juga ada pilihan.
.
.
Mari ulangkaji link-link bacan di bawah.
Jika benar mahu berubah dan mengambil tahu.

.

.
1. Bahaya pewarna makanan.

Dulu ada share tentang betapa makanan yang mengandungi pelbagai PEWARNA DAN PERASA TIRUAN SINTETIK boleh mempengaruhi…

Posted by Ainini Zainal on 6hb Februari 2014

.
2. Apa itu sintetik/tiruan.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=551083628318226&set=a.551449918281597.1073741852.100002497810368&type=3&theater
.
3. Kesan makanan kepada kesihatan: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=830896373670282&set=a.551449918281597.1073741852.100002497810368&type=3&theater
.
4. Album Natural Remedies, Pemakanan, Health and Sunnah Food:
https://www.facebook.com/aininizainal/media_set?set=a.551449918281597.1073741852.100002497810368&type=3
.
.

Bacaan tambahan:

Flavours and Flavour Enhancers: natural or artificial, what’s the difference?
http://fedup.com.au/factsheets/additive-and-natural-chemical-factsheets/flavours-natural-or-artificial

ARTIFICIAL COLOUR/PEWARNA TIRUAN

1. Toxic food dyes/colouring
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2011/02/24/are-you-or-your-family-eating-toxic-food-dyes.aspx
.
2. Are Artificial Dyes Ruining Your Brain?
http://www.refinery29.com/2013/08/51056/food-dye-brain-cells
.
3. Artificial Food Coloring: Good or Bad?
http://blog.foodnetwork.com/healthyeats/2010/06/30/artificial-colors-are-they-safe/?oc=linkback
.
4. Food dyes and ADHD/hyperactivity
http://www.webmd.com/add-adhd/childhood-adhd/food-dye-adhd
.
5. Does Artificial Food Coloring Contribute to ADHD in Children?
http://www.scientificamerican.com/article/does-artificial-food-coloring-contribute-to-adhd-in-children/
.
6. Food Dyes Linked to Cancer, ADHD, Allergies

Food Dyes Linked to Cancer, ADHD, Allergies

.
.

ARTIFICIAL FLAVOUR/PERASA TIRUAN

1.Side Effects of Artificial Flavoring

Side Effects of Artificial Flavoring


.
2.Dangers of Artificial Flavorings
http://flavoredwater.com/dangers-of-artificial-flavorings/
.
3. Food Additives … What are they?
http://www.wholevegan.com/food_additives.html
.
4. Artificial Flavour – Dr Weil
http://www.drweil.com/drw/u/id/QAA356721
.
5. Natural & Artificial Flavors
https://eatingrules.com/natural-flavors-artificial-flavors/

.
.

WHITE SUGAR/GULA PUTIH

1.The truth about sugar
http://www.webmd.com/food-recipes/health-effects-of-sugar
.
2. 10 Disturbing Reasons Why Sugar is Bad For You
http://authoritynutrition.com/10-disturbing-reasons-why-sugar-is-bad/
.
3. 10 Things You Don’t Know About Sugar (And What You Don’t Know Could Hurt You)
http://www.huffingtonpost.com/kristin-kirkpatrick-ms-rd-ld/dangers-of-sugar_b_3658061.html
.
4. The Harmful Effects of Sugar
http://wellnessmama.com/15/harmful-effects-of-sugar/
.
.
LAGI INFO TAMBAHAN. JUNKFOOD AND BRAIN DAMAGE (FAST FOOD TIDAK TERKECUALI)
=============

1. One Week of Junk Food May Be Enough to Damage Your Memory
http://www.healthline.com/health-news/mental-one-week-of-junk-food-damages-memory-121713

2. Junkfood can harm memory
http://www.dailymail.co.uk/health/article-207031/Junk-food-harm-memory.html

3. Junk food really DOES mess with your brain! Research shows trans fats causes brain damage
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2081079/Junk-food-really-DOES-mess-brain-Research-shows-trans-fats-causes-brain-damage.html

4. Junk Food Can Lead to Brain Damage
http://www.mensjournal.com/health-fitness/nutrition/junk-food-can-lead-to-brain-damage-20131219

5. Does Fast Food cause brain damage
http://theweek.com/articles/479053/does-fast-food-cause-brain-damage

6. Scientists learn how what you eat affects your brain — and those of your kids
http://newsroom.ucla.edu/releases/scientists-learn-how-food-affects-52668

7. Relationship Between Fast Food & the Brain
http://healthyeating.sfgate.com/relationship-between-fast-food-brain-12203.html
8. 6 Weird Effects Fast Food Has on Your Brain
You probably know it can blow up your waistline, but fast food may also have a surprising impact on your mood and mind.
http://www.rd.com/slideshows/effects-of-fast-food/view-all/#ixzz3lIjA7ELV

9.Researchers have made a mind-boggling discovery: The same junk-food diet that bulges your waistline and rots your teeth may be damaging your mind too
http://www.womenshealthmag.com/sites/womenshealthmag.com/files/brain-food/index.html

10. 10 horrible things junk food does to your body
http://www.thehealthsite.com/diseases-conditions/reasons-junk-foods-are-bad-for-your-health-sh214/

11. What Happens to Your Brain When You Eat Junk Food (And Why We Crave It)

What Happens to Your Brain When You Eat Junk Food

12. 5 Weird Things Fast Food Does to Your Brain
http://www.menshealth.com/health/fast-food-brain

13. Junk Food Rots Your Brain, Increases Risk of Dementia
http://www.medicaldaily.com/junk-food-rots-your-brain-increases-risk-dementia-242256

14. Mental Effects of a Fast Food Diet
http://livehealthy.chron.com/mental-effects-fast-food-diet-2597.html

=======

Jadi, apa ALTERNATIF yang kita ada kalau mahu sediakan makanan berwarna warni.
Point pertama: Dunia ini ALLAH yang cipta. Bukan manusia. Kejamkah Allah tidak sediakan semuanya untuk kita? Tidak pandaikah Allah? Atau kita yang rasa ciptaan manusia lebih hebat daripada Allah.

 

Mari baca link-link di bawah

– http://nourishingjoy.com/homemade-natural-food-dyes/

– http://www.networx.com/article/8-ways-to-make-organic-diy-food-coloring

– http://www.thekitchn.com/5-better-alternatives-to-red-food-dye-184138

.

.

Berubahlah selagi masih ada kesempatan untuk kita ubah. Niatkan kerana Allah, niatkan untuk menjaga amanah Allah (anak-anak dan keluarga) kepada kita dengan baik.

Jangan putus asa. Nasihat ini kerana saya salah seorang yang dulunya tak pernah kisah tentang semua ini.
Anda ada alternatif. Berusahalah.
.
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *