RESIPI NUGGET SIHAT BEBAS BAHAN MEMUDARATKAN DAN TIPSNYA

Seperti yang dijanjikan.

Ini part 1.

Saya mulakan dengan Nugget.

Memang tak sukar pun sebenarnya untuk disediakan sendiri.

Saya mula sediakan nugget sendiri untuk Afi sejak 2013.

Alhamdulillah, Allah berikan rasa tidak sukar langsung untuk ia disediakan.

 

photo_2016-03-12_12-07-29

 

 

RESIPI NUGGET SIHAT

 

+ 500g isi ayam yang dicincang (jika dapat ayam bebas hormon, bebas antibiotik, lebih baik) – pastikan tiada lebihan air pada isi ayam ya

 

+ 5-7 sudu besar tepung ubi (jangan lebih)

 

+ 1/4 sudu teh garam Himalaya

 

+ 1/2 sudu besar bijan, 1/2 sudu besar chia seeds (kedua-duanya sumber kalsium yang baik, tapi kenali badan anda, mungkin ada yang tidak sesuai)

 

+ secubit dua mixed herbs (optional)

 

+ 1/2 biji bawang besar, cincang halus (sumber antivirus, anti bakteria, immune booster)

 

+ sayuran cincang (contoh, carrot, sayuran hijau – kalau anak tak suka makan sayur, inilah peluangnya. gunakan ya mak mak ayah ayah 😉

 

+ gluten-free breadcrumbs untuk salutan nugget. jika tiada, saya biasa golekkan nugget dengan tepung goreng ayam gluten-free, Fried Chicken Original dari Oven Nini

 

 

photo_2017-04-23_15-02-46

 

 

============

+ gaulkan semua bahan kecuali breadcrumbs/tepung Fried Chicken

 

+ basahkan tangan, bentukkan nugget. jika mahu tekap dengan cookies cutter juga boleh

 

+ golekkan dengan gluten-free breadcrumbs atau Fried Chicken Mix

 

+ terus goreng atau bekukan untuk stok frozen food.

 

 

 

photo_2016-01-27_09-05-20

 

 

===========

Jika disejuk bekukan, goreng dengan api perlahan,

Jangan biasakan goreng hingga hangus atau terlalu garing.

===========

 

 

photo_2015-04-25_09-15-54

 

============

 

Satu prinsip penting penyediaan Nugget menggunakan tepung ubi (bebas gluten.)

Pastikan tidak terlebih tepung ubinya. 

Pastikan tiada air dalam adunan.

Terlebih tepung ubi, nugget anda akan TERLALU KENYAL + KERAS.

Bila ada air, adunan jadi lembik. 

Jadi, mulalah kita tambah tepungnya sedangkan tepung tak boleh terlebih.

Jadi, agak-agak, apa hasil nugget kita?

Ini kesilapan biasa orang lakukan.

Akak pun biasa buat dulu, so lessons learnt. 

 

==========

 

 

Ya, anda juga boleh beli premix untuk menyediakan nugget (telah diadun tepung ubinya bersama rempah ratus dan garam) keluaran Oven Nini, tapi ini resipi saya berikan untuk anda sediakan sendiri di rumah.

 www.ovennini.com

(Selain nugget, juga ada premix sosej, meatball, fishball, fishcake, burger patties dan semua premix untuk memudahkan penyediaan masakan sihat di rumah.)

 

04 N

 

Tapi post ini, khas untuk menggalakan anda sediakan sendiri.

Tanpa beli premix, melainkan anda rasa benar-benar perlu beli.

Jimat, kot buat sendiri?

Jadi mak mak ayah ayah, apa lagi.

Tiada lagi alasan untuk menyediakan nugget yang sihat, bebas kandungan MSG/ pengawet/ aditif/ perasa tiruan/ pewarna tiruan yang tinggi.

Ya, anda boleh ubah keadaan kepada yang lebih baik.

 

Anak-anak kerap sakit, ekzema semakin teruk, asma semakin teruk, hyperaktif tiada perubahan, kesihatan makin hari makin membimbangkan, ketahuilah yang salah satu penyebabnya adalah PEMAKANAN.

Ini makanan kegemaran majoriti kanak-kanak, bukan?

 

 

photo_2017-04-23_15-02-40

 

 

Selain anda elakkan membeli yang komersil, BERIKAN ALTERNATIF kepada mereka. InsyaAllah, diberkati segala usaha anda.

.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *